Friday, 20 June 2014

Biskut Ala ala Famous Amous

Ntah kenapa lakiku suka sgt makan mende neh..dah la mahal cam x reasonable dgn price die.
Oleh sebab tu, die suruh cari resepi biskut ni and buat sendiri. So, i found this recipe here..thanks kak Azie.
Rasa biskut ni memang very close to the real Famous Amous.
Tapi, recipe yg kt bawah ni, ade pengurangan bahan sket..haha..malas pulak nk beli byk2 brg. Tapi, hasilnya masih sedap.

Resepi Biskut Ala Famous Amous ( Biskut Chocolate Chip)
 
Bahan A
Gula kastor - 1/4 cawan
Gula perang - 1/2 cawan
Butter - 1/2 cawan
Minyak jagung - 1/2 cawan
Telur - 1 biji
Garam - 1/4 sudu kecil
Esen Vanila - 1/2 sudu kecil

Bahan B
Tepung Gandum - 2 cawan
Tepung Jagung - 1 sudu besar
Serbuk koko - 1 sudu besar
Soda bikarbonat - 1/2 sudu kecil

Bahan C
Badam hancur - 1/2 cawan
Chocolate Chip - 1 cawan 
(ni ikut suka la nk letak banyak mana, ada org tak suka byk sgt coklat cip)

Cara-cara:

1. Ayakkan semua Bahan B, dh siap, biarkan sekejap
2. Satukan Bahan A, pukul semua bahan sampai gula hancur. (pakai whisker je pun bole)
3. Masukkan Bahan B yg dh siap diayak td ke dalam Bahan A sedikit demi sedikit.
4. Gaul, bila dah rata, bolehlah masukkan Bahan C.
5. Bentukkan adunan tu mcm famous amous tu, pakai tangan boleh, sudu pun boleh. Saya suka pakai sudu, malas nk kotorkan tangan.
6. Panaskan dulu oven suhu 160C selama 15-20 minit
7. Then, bolehlah start bakar pada suhu yg sama selama 20 minit jgak.



Adunan dh siap dibentuk
 

Tadaaaa...ni yg dh siap. hihihi...nasib baik husband ckp TERBAIKK
So pasni, xyah dah beli yg mahal2 tu.Jimat buat sndr je..
Die bawak pegi opis, ramai pulak yg order biskut ni dr aku..huhuhu.


type='text/javascript'/>