1. Masjid
Baitul Mukharam (Bangladesh)
Masjid
Baitul Mukharam terletak di Negara Bangladesh, lebih tepatnya di ibu
kota negara tersebut, iaitu di bandar Dhaka. Masjid yang didirikan pada
tahun 1960 ini seringkali sesak terutama pada waktu solat utama
dan pada bulan Ramadhan. Masjid ini
mampu menampung sebanyak 30000 jemaah. Namun masjid ini mempunyai keluasan yangboleh menampung lebih banyak jemaah lagi, iaitu sehingga 40000jemaah.
2. Masjid
Jamek Dehli (India)
Masjid
yang terletak di bandar New Delhi, lebih dikenali dengan nama Masjid
Jamek Delhi, ia merupakan salah satu masjid yang tertua di India.
Masjid ini dibina oleh individu yang mendirikan Taj Mahal, iaitu
Kaisar Mughal Shah Jahan. Masjid ini selesai dibina pada tahun 1656.
Masjid ini dapat menampung sebanyak 35000 jemaah. Masjid ini
menyimpan bahan sejarah, salah satunya ialah salinan Al-Quran antik yang ditulis pada
kulit rusa.
3. Masjid
Sheikh Zayed
(Uni Emirat
Arab)
Masjid ini merupakan masjid terbesar di negaranya, iaitu Emiriyah Arab Bersatu (UAE). Masjid ini dinamakan sesuai dengan pembinanya iaitu Sheikh
Zayed bin Sultan Al Nahyan yang sekaligus merupakan presiden pertama Emiriyah Arab Bersatu. Masjid ini secara rasminya dibuka pada bulan Ramadhan
pada tahun 2007. Di masjid ini terdapat makam Sheikh
Zayed bin Sultan Al Nahyan. Dalam satu-satu masa,
masjid ini mampu menampung sebanyak 40000 jemaah.
4. Masjid
Badshahi (Pakistan)
Masjid
Badshahi atau Masjid Kaisar mampu menampung sebanyak 100000 jemaah
dan merupakan masjid kedua terbesar di Pakistan dan di Asia Selatan
setelah Masjid Faisal. Masjid yang terletak di bandar Lahore ini pernah ditabalkan sebagai masjid terbesar di dunia selama kurun waktu 313
tahun iaitu dari tahun 1673 sampai tahun 1986. Selain menjadi salah
satu masjid terbesar di dunia, masjid ini juga mempunyai
halaman halaman masjid yang terbesar di dunia.
5. Masjid
Faisal
(Pakistan)
Masjid
Faisal, terletak di Islamabad iaitu ibu negara Pakistan.
Masjid Faisal merupakan masjid terbesar di Pakistan dan di Asia
Selatan. Masjid yang pernah ditabalkan sebagai masjid
terbesar di dunia pada tahun 1986-1993, memiliki empat menara yang
masing-masing mempunyai 80 meter ketinggian dan berdiameter 10 meter. Hingga kini, ia adalah menara tertinggi di Asia
Selatan. Nama Faisal diambil dari nama Raja Arab Saudi, Faisal bin
Abdul Aziz. Dia juga orang yang membiayai projek
pembangunan masjid ini.Dalam satu-satu masa, Masjid Faisal dapat menampung sebanyak 300000 jemaah.
6. Masjid
Hassan II (Morocco)
Masjid
ini terletak di bandar Casablanca, Morocco. Pembinaannya diilhamkan oleh arkitek
berbangsa Perancis, Michel Pinseau dan didirikan oleh Bouygues. Terbinanya di sebuah
tanjung yang menghadap ke Lautan Atlantik. Masjid ini memiliki kelebihan, iaitu menara
masjidnya yang merupakan menara masjid tertinggi di dunia, setinggi 210
meter.
7. Masjid
Istiqlal (Indonesia)
Masjid Istiqlal memiliki nama yang berasal dari Bahasa Arab ertinya
Kemerdekaan. Terletak di ibu kota negara Indonesia, Jakarta. Masjid
ini dibangunkan pada era pemerintahan Presiden Soekarno.
Selain menjadi masjid terbesar di Indonesia, ia juga menjadi masjid terbesar di Asia
Tenggara. Walaupun begitu banyak kemunculan masjid-masjid baru di wilayah
Asia Tenggara, tetapi tidak dapat menandingi kebesaran Masjid Istiqlal
ini. Masjid ini dibina untuk mengungkapkan rasa syukur kepada Allah, atas kemerdekaan yang diraih Indonesia untuk melepaskan diri dari
belenggu penjajahan.
8. Masjid
Muhammad Ali Pasha (Mesir)
Masjid
ini mempunyai nama lain iaitu Masjid Alabaster. Ia dibina antara tahun
1830 dan 1848 dan dinamakan berdasarkan nama pembinanya, Muhammad Ali
Pasha. Terletak di bandar Kaherah, dan jika kita mendekati kota Kaherah
dari arah mana pun, struktur yang pertama yang dilihat oleh mata kita
ialah masjid ini. Pembinaan masjid ini mempunyai maknaiaitu untuk
mengenangkan putra tertua Muhammad Ali Pasha, iaitu Tusun Pasha yang
meninggal pada tahun 1816.
9. Masjid
Nabawi (Arab Saudi)
Masjid
Nabawi, menduduki tempat kedua sebagai masjid terbesar di dunia.
Terletak di kota Madinah, dan merupakan tempat istirehat
terakhir baginda Nabi Muhammad S.A.W. Di masjid ini terdapat struktur
terkenal, ialah Kubah Hijau yang merupakan tempat makam Nabi Muhammad
S.A.W. Tidak pasti bila Kubah Hijau tersebut dibangunkan, namun terdapat rujukan membuktikanai dibina sekitar pada awal abad ke-12. Masjid ini juga berfungsi
sebagai pengadilan, sekolah agama, dan sebagai pusat kegiatan
masyarakat. Pada pada musim haji, masjid ini boleh menampung sebanyak 1,000,000 jemaah yang datang dari seluruh pelusuk dunia.
Masjidil
Haram merupakan masjid terbesar di dunia yang di tengah-tengahnya
terdapat bangunan Kaabah. Bangunan Kaabah tersebut menjadi kiblat
bagi umat Islam di seluruh dunia untuk melakukan solat. Masjid
yang terletak di kota Mekah, Arab Saudi, memiliki keluasan sekitar
4,008,020 meter persegi (990,40 hektar). Pada musim haji, masjid ini
mampu menampung sebanyak 4,000,000 jemaah yang datang dari
seluruh penjuru dunia. Masjid yang tidak pernah sepi kerana seringkali ada umat Islam yang melakukan ibadah di dalamnya, baik itu solat atau tawaf.
No comments :
Post a Comment